Saturday, 25 February 2012

Blog vs Laman Web

Salam to all,
This blog dah lama dah tak di"update"kan oleh para admin..Namun ia masih tetap aktif dan akan terus aktif. Blog ini akan dijadikan sebagai blog ICT SK Lembah Jaya. Kami telah membeli hosting bagi laman web SKLJ. Bagi yang berminat, anda boleh layarai laman web bari kami di http://lembahjaya.net. Semoga anda semua akan tetap memberikan sokongan kepada kami. Thanks to all....

Wednesday, 28 September 2011

Disiplin & Pelajar Tahun 6

Salam 1Malaysia,
Pelajar Tahun 6 nampaknya semakin menjadi-jadi perangai yang tak berapa elok mereka. Semakin ketara seolah-olah mereka lah raja lagaknya. Kalau macam ni gayanya, kita tak akan teragak-agak menggunakan peruntukan hukuman yang telah diberikan (mengikut garis panduan/pekeliling @ kod etika salah laku). Apa hukumannya? Macam-macam ada...denda, rotan bahkan boleh digantung sekolah. Jadi mintak tolong jangan sampai we all gunakan kuasa yang ada...

Monday, 26 September 2011

PAINT THE TOWN RED!

Salam 1Malaysia to all,

It has been long time, I'm not updating this blog. Yap...Sorry to all...That's what we called life...sometimes we have  plenty of time and sometimes we don't have enough 24 hours..Islam also remind us to "remember/beware of 5 things before coming the other 5 things ( Ingat 5 pekara sebelum datang 5 perkara gitu....)"..Since my last update, there were so many events happening in our school..UPSR exam dah pun selesai..Namun banyak jugak yang tak mampu dirakam dan ditulis oleh Admin...Maaf..

Apa hal pulak dengan entri kali ni? Paint the town red? Nak cat bandar dengan warna merah ke? Hahaha...Bukan..Itu adalah" idiom"..atau peribahasa.. Biasanya digunakan untuk menyatakan atau meraikan kegembiraan selepas mengalamai suasana yang tegang atau yang seerti dengannya..Jadi ia lebih ditujukan kepada pelajar Tahun 6 yang dah habis exam UPSR mereka. Nampaknya mereka sedang enjoy diri mereka dengan melakukan perkara-perkara yang nak menunjukkan mereka telah lepas dari satu bebanan....Fuhhhhh...Apalah sangat UPSR ni dik ooiiii..jangan duk enjoy sangat. contoh ayat : After UPSR exam, Aiman is going to paint the town red. 

This week also diadakan Karnival Sukan & Permainan Bawah 11 Tahun. SKLJ telah menyertai "3 on 3 Football Challange" yang diadakan di SK Saujana dan Bola Jaring di SMK Saujana. Alhamdullillah...kedua-dua team telah berjaya mara ke pusingan kedua. Congratulations to all the players and thanks to the teachers (En. Sharuddin & Pn Faidah). Pada hari Khams ni pulak, atlit olahraga SKLJ akan memulakan perjuangan mereka. Harap they will bring back some good news!!!

Friday, 12 August 2011

OTI 4 & NUZUL QURAN

Salam 1 Malaysia,
Start Ahad ni, 14 Ogos hingga 18 Ogos akan berlangsung Peperiksaan OTI 4. Harap anda semua bersedia. Dalam pada tu, pada 17 Ogos adalah hari Cuti Am sempena Nuzul Quran. Harap Maklum.

Friday, 5 August 2011

Kelas Tambahan

Salam 1Malaysia,
Hari Sabtu ni, 6 Ogos 2011, jangan buat-buat lupa pulak..Ada kelas bagi pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tahun 5 (Pra-UPSR). Bukan nak menyusahkan you all, tapi nak tolong supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang dah sedia ada..Jadi jangan lah pulak menguzurkan diri. Lawan sikit perasaan malas tu...Apa yang guru-guru anda buat adalah untuk kepentingan anda jugak...Fikir-fikirkan lah...

Wednesday, 3 August 2011

Perancangan...

Salam 1Malaysia,

Salam Ramadhan to all our visitors..The clock is ticking so fast and today we are in the 3rd day of this fasting month of Ramadhan.. Well, for sure, we are  always thinking what we will be having for our buka puasa...Nak makan tu, nak makan ni..Tambahan pulak bila nak balik tu terpaksa melalui kawasan Bazaar Ramadhan...aroma masakannya begitu menggiurkan....Kuih-muih berwarna-warni amat menggoda...perghhhh...Dalam hati..bestnya kalau dapat makan, kalau dapat minum...Kesudahannya, tanpa sedar banyak makanan dan minuman yang kita dah terbeli..Dengan yakinnya bahawa makanan dan minuman tersebut akan "dibedal" habis time buka puasa nanti...Tapi yang pastinya...kalau buka puasa dengan air yang banyak, alamatnya makanan semua tu akan terbiar jer...NAFSU..So bersederhanalah...Elakkan pembaziran..Banyakkan Sedekah..Last but not least..Fasting Not Feasting...Selamat Berbuka...

Tuesday, 2 August 2011

KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa

Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.

  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.

  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)

  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.

  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...