Salam 1 Malaysia,
Start Ahad ni, 14 Ogos hingga 18 Ogos akan berlangsung Peperiksaan OTI 4. Harap anda semua bersedia. Dalam pada tu, pada 17 Ogos adalah hari Cuti Am sempena Nuzul Quran. Harap Maklum.
Friday, 12 August 2011
Friday, 5 August 2011
Kelas Tambahan
Salam 1Malaysia,
Hari Sabtu ni, 6 Ogos 2011, jangan buat-buat lupa pulak..Ada kelas bagi pelajar Tahun 6 (UPSR) dan Tahun 5 (Pra-UPSR). Bukan nak menyusahkan you all, tapi nak tolong supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan yang dah sedia ada..Jadi jangan lah pulak menguzurkan diri. Lawan sikit perasaan malas tu...Apa yang guru-guru anda buat adalah untuk kepentingan anda jugak...Fikir-fikirkan lah...
Wednesday, 3 August 2011
Perancangan...
Salam 1Malaysia,
Salam Ramadhan to all our visitors..The clock is ticking so fast and today we are in the 3rd day of this fasting month of Ramadhan.. Well, for sure, we are always thinking what we will be having for our buka puasa...Nak makan tu, nak makan ni..Tambahan pulak bila nak balik tu terpaksa melalui kawasan Bazaar Ramadhan...aroma masakannya begitu menggiurkan....Kuih-muih berwarna-warni amat menggoda...perghhhh...Dalam hati..bestnya kalau dapat makan, kalau dapat minum...Kesudahannya, tanpa sedar banyak makanan dan minuman yang kita dah terbeli..Dengan yakinnya bahawa makanan dan minuman tersebut akan "dibedal" habis time buka puasa nanti...Tapi yang pastinya...kalau buka puasa dengan air yang banyak, alamatnya makanan semua tu akan terbiar jer...NAFSU..So bersederhanalah...Elakkan pembaziran..Banyakkan Sedekah..Last but not least..Fasting Not Feasting...Selamat Berbuka...
Tuesday, 2 August 2011
KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA
Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.
Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
- Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
- Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
- Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."(Surah Al-Maidah:42)
- Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
- Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
Monday, 1 August 2011
RAMADHAN DATANG LAGI.....!!
Bulan yang paling ditunggu-tunggu seluruh umat ISLAM pastinya " Bulan Ramadhan " .
Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang paling indah, bulan yang paling suci . Kepada semua warga SKLJ dan juga umat islam selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT .Tiada bulan yang indah dan suci di dunia ini, kecuali bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah, telah berikan kami bulan penuh barokah ini. Sambutlah bulan RAMADHAN ini dengan penuh berkah dengan keikhlasan hati dan kesyukuran padaNYA, lupakan sejenak urusan duniawi, perbanyakan amal ibadah, Semoga kita menuju kemenangan dengan jiwa yang tenang dan diredhai ALLAH SWT.
Bulan yang penuh keberkatan, bulan yang paling indah, bulan yang paling suci . Kepada semua warga SKLJ dan juga umat islam selamat menjalankan ibadah puasa Ramadhan, Semoga amal ibadah kita diterima Allah SWT .Tiada bulan yang indah dan suci di dunia ini, kecuali bulan Ramadhan. Terima kasih ya Allah, telah berikan kami bulan penuh barokah ini. Sambutlah bulan RAMADHAN ini dengan penuh berkah dengan keikhlasan hati dan kesyukuran padaNYA, lupakan sejenak urusan duniawi, perbanyakan amal ibadah, Semoga kita menuju kemenangan dengan jiwa yang tenang dan diredhai ALLAH SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)