Salam 1Malaysia,
Ahad, 20 Mac 2011. Hari ini semasa perhimpunan mingguan,Guru besar SKLJ, En Lingah Derahman telah menyerahkan Dokumen Salah Laku dan juga Senarai Salah Laku dalam kelas kepada semua guru kelas. Dokumen yang mengandungi semua nama murid akan disimpan di dalam kelas dengan tujuan untuk merekodkan kesalahan seperti yang tertera pada Senarai Salah Laku Dalam Kelas. Tindakan ini diambil bagi membentuk sahsiah murid SKLJ supaya menjadi bertambah baik. Guru akan mencatat kesalahan murid di dalam buku berkenaan. Semoga dengan adanya Buku Perekodan Salah Laku ini akan membentuk peribadi dan sahsiah murid SKLJ selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
"Bestari Teras Kegemilangan"
No comments:
Post a Comment