Thursday 31 March 2011

Wednesday 30 March 2011

Larian Kecergasan & Sukaneka 2011

Salam 1Malaysia,
Legaaa... Dapat jugak dijalankan apa yang telah dirancang tanpa ada masalah. Alhamdulillah. Hari ni acara Larian Kecergasan dan Sukaneka dilaksanakan dengan jayanya. Kerjasama semua warga SKLJ (guru, staf,pekerja dan murid) amat dihargai. Perjalanan acara amat lancar. Cuacapun memberi sokongan..Sememangnya itulah uang diharapkan. Terimkasihhhhhhhhhhh kepada semua. Anda semua memang hebat....Jom kita layan sedikit gambar yang ada..








Tuesday 29 March 2011

GURU BESAR

Salam 1Malaysia,
Sehingga hari ini, bayang-bayang Guru Besar baru SKLJ belumpun muncul.. Namun rutin harian warga SKLJ tetap berjalan seperti biasa. Itulah kehebatan yang dimiliki oleh para pendidik dan pelajar-pelajar SKLJ. Kelebihan ini menjadikan SKLJ sebuah institusi yang hebat. Diharapkan pihak yang berkenaan memgambil serius soal kekosongan jawatan Guru Besar ini...Personel yang hebat dan berwawasan akan menjadikan sesebuah institusi itu cemerlang...Tak gitu?

Hujan...

Salam 1Malaysia,
Hujan.. Diluar kawalan dan pengetahuan manusia. Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Setelah latihan Larian Kecergasan (LK) diadakan semalam, pada dasarnya hari ini akan diadakan lagi latihan bagi memantapkan stamina atlet-atlet SKLJ. Namun hujan telah menidakkan latihan berkenaan. Apapun keselamatan dan kesihatan kita kena utamakan. Semoga esok, Hari Kejohanan LK dan Sukaneka, cuaca akan meyebelahi kita. InsyaAllah....

Monday 28 March 2011

LATIHAN LARIAN KECERGASAN DAY 1

Salam 1Malaysia,
Gambar warna-warni latihan Larian Kecergasan Day 1....Layannnnn..








Sunday 27 March 2011

TAHNIAH USTAZAH NORMAIMON...

Salam 1Malaysia,
Tanggal 14 Mac 2011, Ustazah Normaimon dengan rasmi telah bergelar seorang isteri. Tahniah...Warga SKLJ mendoakan agar jodoh mereka  berkekalanlah selamanya. Sebentar tadi, sewaktu perhimpunan mingguan, En Mazlizan (GPK HEM) telah menyampaikan hadiah kepada Ustazah Normaimon, sumbangan dari Kelab Guru SKLJ. Rasanya masih belum terlewat lagi bagi warga SKLJ mengucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada Ustazah Normaimon..
Ustazah Normaimon memberikan senyuman yang bermekna

LARIAN KECERGASAN 2011

Salam 1Malaysia,
Cuaca yang tidak menentu telah memaksa pihak pentadbiran SKLJ menangguhkan Hari Sukan Sekolah kepada suatu tarikh yang belum ditetapkan lagi. Sebagai ganti, SKLJ akan mengadakan Larian Kecergasan dan Sukaneka pada hari Rabu 30 Mac ini. Perkara ini diumumkan oleh En Sharuddin, GPK Ko pada perhimpunan mingguan pagi tadi. Menurut kata beliau lagi, sebenarnya Larian Kecergasan ini telah dijadualkan bersama-sama dengan Hari Sukan sekolah. Bagi memastikan para atlet SKLJ mempunyai stamina yang cukup, latihan Larian Kecergasan akan diadakan pada Isnin dan Selasa. Harap Maklum.

Saturday 26 March 2011

Tahun 6 dan OTI 1

Salam 1Malaysia,
Semua dah maklum yang keputusan OTI 1 dah pun diumumkan. Secara keseluruhannya keputusan yang tersurat itu tidak begitu membanggakan. Masih ada lagi pelajar Tahun 6 yang belum memberikan "their best all out".Masa yang tinggal lebih kurang 7 bulan tu tak lah lama sangat..Maka seharusnya pelajar Tahun 6 sudahpun  bersedia dengan persediaan yang secukupnya. Guru-guru Tahun 6 telah cuba memberikan anda ilmu yang terbaik. So it is now up to you to prove that you are the best!!!! How to prove it? Take out all your strengths!!! Give us 5As in OTI 2.. Ada berani?????? 

Thursday 24 March 2011

Majlis Perpisahan Guru Besar Ke-7 SKLJ..

Salam 1Malaysia,
Hari ini warga SKLJ meraikan perpisahan mantan Guru Besar SKLJ, En Lingah bin Derahman. Beliau akan mencurahkan idea dan bakti di sekolah baru, SK Jelapang. Tahniah kerana pertukaran dan tahniah juga kerana mencipta sejarah tersendiri di SKLJ. Warna-warni majlis berkenaan dirakamkan melaui gambar-gambar di bawah:



Wednesday 23 March 2011

Guru Besar SKLJ..

Salam 1Malaysia,
SKLJ mula beroperasi secara rasminya di premis yang telah diwartakan ini pada 1 Januari 2004. Sehingga 16 Mac 2011, setelah beroperasi selama 7 tahun 2 bulan 15 hari, SKLJ telah ditadbir oleh beberapa orang Guru Besar. Di bawah pentadbiran mereka dengan sokongan guru-guru perintis dan juga guru-guru semasa, SKLJ semakin gah dipersada pendidikan Setiu dan juga negeri Terengganu. Walaupun kerap mengalami pertukaran Guru Besar, kesinambungan dasar dan perancangan tetap berjalan lancar. Wadah perjuangan warga SKLJ tidak terbantut. Kelestarian pendidikan tetap diutamakan. Tahniah kepada semua warga SKLJ dulu, kini dan akan datang!!! Disenaraikan nama Guru Besar yang pernah menerajui SKLJ sehingga 16 Mac 2011.
  1. Mohd Tarmizi bin Selamat        12/11/2003
  2. Mohd Lazim bin A. Ghani          7/7/2005
  3. Mohd bin Ali                              30/10/2005
  4. Yusof bin Mohamad                  14/8/2007
  5. Mat Ghani bin Muda                16/10/2008
  6. Wan Mohd Zain wan Bakar       2/1/2010
  7. Lingah bin Derahman               16/1/2011
  8.                                                    16/3/2011
*** Guru Besar sebelum Cg Tarmizi tidak disenaraikan kerana belum mendapat maklumat, dan Guru Besar baru belum dimasukkan namanya. Guru Besar yang ke-7 mencatat rekod paling singkat perkhidmatannya di SKLJ Harap Maklum .***

Tuesday 22 March 2011

Olahraga MSSD Setiu Kali ke 20

Salam 1Malaysia,
Hari ini bermula Kejohanan Olahraga MSSD Ketiu Kali Ke-20 di SMK Saujana sehingga Khamis 24 Mac ini. Tahun ini bagi sekolah rendah, dibahagikan mengikut zon.jUtara, Selatan, Timur dan Barat. Bajet sikit la tu...Perasmian akan dilakukan pada petang ini. Jom sama-sama kita memeriahkan kejohanan tersebut...Di bawah ada beberapa keping gambar kejohanan berkenaan...


Monday 21 March 2011

TUKAR LAGI....

Salam 1Malaysia,
Hangat!!! Sensasi!!! Panas!!! Apa tu? Khabarnya SKLJ bakal mendapat Guru Besar baru...Betul ke? Kalau ikut pada yang tersurat sememangnya benar...Tahniah..Cuba kita renung kata Orang Putih ni..."a rolling stone gathers no moss...." Tak tahu lah..Apa-apapun sebagai penjawat awam kita kena akur, demi kepentingan perkhidmatan..

Sunday 20 March 2011

PEMILIHAN ATLET OLAHRAGA ZON SETIU SELATAN

Salam 1Malaysia,
Dalam kerenyaian hujan, di padang SK Permaisuri tetap dijalankan pemilihan atlet olahraga bagi mewakili Zon Setiu Selatan ke Kejohanan Olahraga MSSD Setiu di SMK Saujana(23-25 Mac 2011). SKLJ menghantar 8 orang atlet bagi mengharungi cabaran pemilihan tersebut yang terdiri dari Nik Aizan, Amer, Syed Azri, Nasri, Adli, Syakir, Farra dan Aisyah. Hujan dan keadan padang yang becak tidak menghalang atlet SKLJ daripada memberikan cabaran yang sengit dan hebat. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, maklumlah orang lain lebih hebat.!! Namun seorang atlet SKLJ telah terpilih bagi membawa cabaran Zon Setiu Selatan dalam acara Lompat  Jauh Lelaki. Congratulations to our one and only Nik Aizan Huzairie. Hopefully he will perform his very best. GOOD LUCK Aizan...

PENYERAHAN DOKUMEN SALAH LAKU DAN SENARAI SLAH LAKU DALAM KELAS

Salam 1Malaysia,
Ahad, 20 Mac 2011. Hari ini semasa perhimpunan mingguan,Guru besar SKLJ, En Lingah Derahman telah menyerahkan Dokumen Salah Laku dan juga Senarai Salah Laku dalam kelas kepada semua guru kelas. Dokumen yang mengandungi semua nama murid akan disimpan di dalam kelas dengan tujuan untuk merekodkan kesalahan seperti yang tertera pada Senarai Salah Laku Dalam Kelas. Tindakan ini diambil bagi membentuk sahsiah murid SKLJ supaya menjadi bertambah baik. Guru akan mencatat kesalahan murid di dalam buku berkenaan. Semoga dengan adanya Buku Perekodan Salah Laku ini akan membentuk peribadi dan sahsiah murid SKLJ selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.




"Bestari Teras Kegemilangan"

Thursday 10 March 2011

Program Cuti Terancang

Salam 1Malaysia,
Cutiiiiiiii....Esok bermula cuti sekolah. Tak panjang cuti ni cuma 9 hari jer. Untuk memenuhkan masa murid-murid SKLJ pada masa cuti, pihak sekolah akan membekalkan setiap murid dengan satu fail yang akan mengandungi kerja-kerja sekolah mengikut subjek. sepanjang 9 hari, jadual akan diberikan. Kena ikut jadual tu dan kena siapkan kerja-kerja yang telah diberikan. Semoga cuti murid-murid SKLJ akan terisi dengan aktiviti yang bermanafaat.

Wednesday 9 March 2011

Pemilihan Atlet Olahraga Zon Setiu Selatan Dibatalkan

Salam 1Malaysia,
Hujan yang mencurah-curah, membasahi rerumput dan menakung air laksana sebuah kolam, menyebabkan pemilihan atlet-atlet olahraga Zon Setiu Selatan yang sepatutnya berlangsung hari ini di padang SK Permaisuri terpaksa dibatalkan. Ye la kan...kat padangdah macam kolam...ni bukan acara renang.. Pemilihan berikutnya akan dijalankan pada 20 Mac 2011. Bagusssss.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...