Tuesday 26 July 2011

Air..

Salam 1Malaysia,
Ada beberapa kategori air mengikut Syariat Islam. Salah satunya ialah..
Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan dan mempunyai tujuh jenis air.
1.Air hujan  2.Air laut  3.Air sungai  4.Air Telaga  5.Air mata air
7.Air salji 
• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun. Untuk penerangan lanjut sila hubungi ustaz/ustazah anda.

Entri kali ni kita bicara tentang air..Tadi, waktu tengahari, SKLJ ada masalah air sebab ada penyambungan pada paip air utama. Justeru terpaksalah bersabar seketika...Sebenarnya masalah air SKLJ adalah satu masalah yang besar. Tak tahu mana silapnya atau siapa yang salah...yang pastinya kita warga SKLJ lah yang menanggungnya...Nasibbbbb...Kat bawah adalah gambar yang sempat di"snap" semasa proses penyambungan paip dijalankan...



Friday 22 July 2011

Percubaan UPSR 2011

Salam 1Malaysia,

Pada 5-7 Julai baru-baru dah diadakan Peperiksaan Pra-Percubaan UPSR. Keputusan yang agak membanggakan namun masih lagi ada ruang yang perlu dipertingkatkan. Tahniah kepada guru-guru yang penuh komitmen dan juga kepada para pelajar. Bagi memantapkan lagi pencapaian, pada 14-16 Julai telah diadakan Kem UPSR di Rumah Rehat Setiu. Sambutan agak memberangsangkan. Teknik menjawab soalan yang terkini telah diberikan oleh fasilitator yang hebat-hebat belaka.
Justeru diharapkan agar ilmu berkenaan diterjemahkan ke dalam skrip jawapan Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan mengambil tempat pada 24-26 Julai ini. Peperiksaan ini amat penting bagi pelajar dan juga guru untuk menilai pencapaian calon dan juga keberkesanan pengajaran guru selama ini. Semoga calon-calon UPSR akan menjawab kertas-kertas soalan yang berkenaan dengan tenang dan yakin. Yang penting JAWAB SEMUA SOALAN...Ingat janji-janji ada yang telah anda paterikan pada banner baru-baru ini.... Kalau kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya....Yang pasti..kami semua warga SKLJ menyokong anda..

Monday 4 July 2011

Kenangan 2 Julai 2011

Salam 1Malaysia,
Thanks to all teachers, students and staff for making the Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia  the most successful, memorable and historical event that ever held in SKLJ. Also a big thanks to Mr Ahmad Faizal Tajuddeen (Pegawai Bahasa PPD Setiu). Thankssss everyone...
 



















Friday 1 July 2011

Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

Salam 1Malaysia,

Seperti yang telah dikhabarkan, esok 2 Julai 2011 akan diadakan Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Acara dijangka akan bermula jam 7.30 pagi. Larian ini diadakan serentak seluruh Malaysia dan akan disiarkan seacara langsung di www.eduwebtv.com. Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan melencarkan larian berkenaan. Larian ini akan dicatatkan di dlm buku Malaysia's Guiness Book of Records sebagai penyertai pelajar sekolah yang teramai dalam larin. Fuhhhhhh...
Bagi SKLJ, kita menjemput semua ibu bapa menyertai acara larian berkenaan. Bukan berlari sangat...jogging jer tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...