PENGURUSAN KO-KURIKULUM

JAWATANKUASA KO-KURIKULUM



PERATURAN-PERATURAN KO-KURIKULUM
 * Guru Besar bertanggungjawab menjadi Pengerusi Jawatankuasa tersebut dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum ialah Naib Pengerusi.
* Anggota Jawatankuasa terdiri daripada:
- Setiausaha Kokurikulum
- Penyelaras Aktiviti Kokurikulum
- Guru Penasihat Aktiviti Kokurikulum
- Guru Pemimpin Aktiviti Kokurikulum
* Menentukan dasar kokurikulum sekolah selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan
* Menetapkan mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah sekurang-kurangnya 4kali setahun.
* Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah.
* Menetapkan aktiviti Kokurikulum yang hendak dilaksanakan di sekolah
* Dasar penyediaan Rancangan Aktiviti Tahunan mingguan dan rekod laporan pelaksanaan aktiviti.
* Menentukan tarikh penghantaran rekod pelaksanaan aktiviti.
* Menentukan kriteria jenis alatan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
* Menetapkan sesi pelaksanaan aktiviti kokurikulum
* Menetapkan agihan tugas guru penasihat/pemimpin
GERAK KERJA KOKURIKULUM
* Pastikan kegiatan dijalankan dengan penuh minat dan mencapai tahap kemajuan/prestasi yang membanggakan.
* Semua guru wajib hadir dan bertanggungjawab menyediakan laporan yang dijalankan.
* Semua guru penyelaras kegiatan kokurikulum mesti mematuhi semua peraturan dan undang-undang pengurusan aktiviti kokurikulum sekolah.
* Semua guru penyelaras mesti menyediakan Pelan Induk Rancangan Tahunan pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum pada peringkat sekolah dengan merujuk Takwim Kokurikulum Tahunan.
* Penolong Kanan Kokurikulum dan Ketua Penyelaras Kokurikulum Sekolah mesti berada disekolah untuk menyelia, memantau pengurusan dan aktiviti Kokurikulum sepanjang waktu Kokurikulum.
* Semua Guru Penyelaras diwajibkan menyediakan Buku persediaan Pengurusan Kokurikulum Mingguan dan dihantar kepada Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan dan pengesahan.
* Kehadiran murid dalam setiap aktiviti Kokurikulum mesti direkod oelh Guru-guru Penyelaras. Setiap kes ketidakhadiran murid dalam aktiviti Kokurikulum mesti diambil tindakan.
* Ibubapa/penjaga murid mesti dihubungi untuk mendapat kebenaran secara bertulis jika ada murid terpilih untuk menghadiri aktiviti Kokurikulum diluar kawasan/peringkat sekolah.
* Sebagai Ketua Penyelaras aktiviti Kokurikulum Sekolah, Penolong kanan kokurikulum ialah pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penguatkuasaan peraturan dan pelaksanaan.
* Semua Guru Penyelaras setiap kegiatan Kokurikulum dikehendaki menyediakan rekod-rekod dan data.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...