Wednesday 15 June 2011

e-Book: Pro & Kontra

Salam 1Malaysia,



Dalam hidup kita, banyak nikmat dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T mahupun kurniaan manusia atau kerajaan. Kita dapat nikmat belajar di tempat yang sempurna, hidup dalam negeri yang aman dan sebagainya. Sebagai rakyat Terengganu kita rasa cukup bertuah kerana kerajaan negeri sentiasa mengambil berat tentang soal pendidikan. Salah satunya ialah pemberian e-Book kepada para pelajar. Apa tujuannya? Membantu memudahkan pembelajaran di samping memastikan genarasi pelapis celik IT. Betapa murninya tujuan tersebut. Syukur..

Namun setiap kebaikan pasti akan adanya keburukan jika disalahgunakan. Bagaimana pulak ia disalahgunakan? Penggunaan yang menyimpang dari tujuan asal!! Penyealahgunaan e-Book di kalangan pelajar semakin meningkat. e-Book menjadi medium untuk melayari laman jaringan sosial tanpa batasan, hanya untuk main permainan komputer, mencipta video yang tak sepatutnya dan berbagai lagi. Dari segi peningkatan prestasi pembelajaran, nampaknya e-Book kurang membantu. Dengan adanya e-Book pelajar kita menjadi lebih matang dari usia dalam bidang yang kurang memberikan manafaat. Masa senggang tidak lagi digunakan untuk menambah pengetahuan dalam pembelajaran. Jadi adakah kita mampu mencapai kejayaan dalam peperiksaan jika asyik melayani e-Book??

Friday 10 June 2011

Penghujung..

Salam 1SKLJ,
Cuti menghampiri penghujungnya..dan perasaan ketika ni pastinya berbaur sedih..al-maklumlah, tak cukup lagi cuti ... rasanya cuti macam kejap jer kan...tup-tup dan nak abis dah cuti ni..kalau hari-hari cuti kan bestttt... So macamana dengan cuti anda? Adakah terisi dengan perkara yang berfaedah ataupun hanya dibazirkan masa begitu saja? Terpulang kepada individu.. opps, kerja cuti terancang dan dibereskan ke belum? Sisa-sisa masa yang tertinggal ini gunakan dengan sewajarnya... nikmatinya dengan semaksimum yang mungkin... Kembali ke sekolah dengan semangat baru, menjadi insan yang lebih baik... bermotivasi...murninya perangai lama yang tak baik tu, ubahlah yer...jadi pelajar yang dibangga guru, jadi anak yang disanjung ibu bapa... jadi yang terbaik...

Monday 6 June 2011

Kelas Tambahan..

Salam 1SKLJ,
Kelas tambahan dan start semalam..Kehadiran agak memuaskan. Bagusssss...Nak ilmu kita kena cari..tak kira cuti atau tak..so tahniah kepada guru yang mengajar dan kepada murid yang sudi diajar. Semoga kehadiran semua akan menambahkan lagu ilmu yang sedia ada. Tahniah kepada semua..Ternyata anda semua orang yang hebat....

Wednesday 1 June 2011

Just For Fun

Salam 1SKLJ,

For your viewing & listening pleasure only..Dengar lagu and tengok/baca lirik/translation yang kononnya dalam bahasa Melayu...sooooo funnyy...Kahkahkahkah...can't stop laughing..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...