Wednesday 15 June 2011

e-Book: Pro & Kontra

Salam 1Malaysia,



Dalam hidup kita, banyak nikmat dan anugerah yang dikurniakan oleh Allah S.W.T mahupun kurniaan manusia atau kerajaan. Kita dapat nikmat belajar di tempat yang sempurna, hidup dalam negeri yang aman dan sebagainya. Sebagai rakyat Terengganu kita rasa cukup bertuah kerana kerajaan negeri sentiasa mengambil berat tentang soal pendidikan. Salah satunya ialah pemberian e-Book kepada para pelajar. Apa tujuannya? Membantu memudahkan pembelajaran di samping memastikan genarasi pelapis celik IT. Betapa murninya tujuan tersebut. Syukur..

Namun setiap kebaikan pasti akan adanya keburukan jika disalahgunakan. Bagaimana pulak ia disalahgunakan? Penggunaan yang menyimpang dari tujuan asal!! Penyealahgunaan e-Book di kalangan pelajar semakin meningkat. e-Book menjadi medium untuk melayari laman jaringan sosial tanpa batasan, hanya untuk main permainan komputer, mencipta video yang tak sepatutnya dan berbagai lagi. Dari segi peningkatan prestasi pembelajaran, nampaknya e-Book kurang membantu. Dengan adanya e-Book pelajar kita menjadi lebih matang dari usia dalam bidang yang kurang memberikan manafaat. Masa senggang tidak lagi digunakan untuk menambah pengetahuan dalam pembelajaran. Jadi adakah kita mampu mencapai kejayaan dalam peperiksaan jika asyik melayani e-Book??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...