Tuesday 31 May 2011

Just To Say...Gud Morning..

Salam 1Malaysia,
What a day! The wind blows softly & Shyly the sun shines..then that combinations make the temperature is a bit colder..the air is whispering smoothly...The birds are singing happily in harmony..Thanks to Allah The Almighty, once again we still can breath..I just wanna say, to all, Good Morning..and have a nice day..

Monday 30 May 2011

Mengumpul Maklumat..

Salam 1SKLJ, Salam 1Malaysia,
Kami dalam proses nak kumpul maklumat bekas pelajar SKLJ .. Jadi kami memerlukan kerjasama anda semua untuk menghubungi kami dengan menyatakan:
  1. Nama Anda
  2. Tahun UPSR dan pencapaian UPSR
  3. Institusi Pengajian Sekarang :
  • Kalau Universiti/Kolej/Matrikulasi nyatakan bidang pengkhususan
  • Kalau masih bersekolah : Namakan sekolah dan tingkatan
Sila emailkan maklumat anda kepada skljsetiu@ymail.com. Kerjasama anda sangat dihargai. Sila khabarkan pada semua.

Whazzup..

Salam 1Malaysia,
  1. Apa yang anda dah buat time cuti ni?
  2. Apa plak yang anda akan buat?
  3. Rancangan anda untuk ari ni?
  4. Apa perkembangan anda sekarang?
Sekadar bertanya...semoga cuti anda diisi dengan perkara yang berfaedah..

Thursday 26 May 2011

C.U.T.I

Salam 1SKLJ, Salam1Malaysia,
Yeassssss...Cutiiiii...esok sekolah akan mula bercuti..Tak la lama sangat..2 minggu 4 hari jer..Semoga anda semua berbahagia dengan cuti ni, melakukan akitiviti percutian mahupun aktiviti "membuat kerja sekolah" dan juga "menghadiri kelas". Aktiviti-aktiviti yang dinyatakan tu adalah yang bermanafaat..Yer la kan, daripada melangut depan TV jer..Yang nak ambik UPSR tu kena sedar diri la..tak lama dah..Sebagai hadiah musim cuti kali ni, kami dengan bangganya akan memberikan anda tugasan yang perlu disiapkan sepanjang cuti..Tahniah!! Cuti anda akan bakal terisi....SELAMAT BERCUTI...

Tuesday 24 May 2011

i. Cuti Terancang ii. Kelas Masa Cuti

Salam SKLJ, Salam 1Malaysia,

i.
To ensure this coming school holidays are fulfilled with something meaningful, we, the teachers, have prepared homework for all of you our lovely students. So, Khamis ni kami akan bekalkan anda semua dengan fail yang mengandungi tugasan untuk setiap subjek teras. Semoga anda semua menyempurnakan tugasan berkenaan.

ii.
Dalam cuti ni jugak, pelajar Tahun 5 dan Tahun 6 akan ada kelas tambahan. Ala seminggu jer babe, bermula dari Ahad, 5 Jun ni..Bukan nak menyusahkan anda semua, tetapi itu adalah arahan pihak jabatan. Cuti tak bermakna belajar pun akan cuti kannnnn...

Harap maklum.

Monday 23 May 2011

i. Aktiviti Ko ii. Ntah

Salam Blogger, Salam 1Malaysia,
i.
Esok, Selasa 24 Mei 2011 telah diputuskan supaya aktiviti kokurikulum SKLJ ditanggguhkan. Maka dengan itu, esok balik awal laaaa...

ii.
Apa ke halnya ni?Camner benda ni bleh naik dan tak reti nak turun? Siapa lah pemilik yang tak tahu nak sayang harta benda sendiri ni? Ishhh..Confuse dengan perangai bebudak ni..

Sunday 22 May 2011

Exam Week

Salam 1Malaysia,
Minggu ni ialah minggu exam. Selamat menjawab soalan peperiksaan dengan yakin. Apa yang kita buat akan dapat hasil yang setimpal dengan yang kita buat. Kalau kita buat untuk dapat A, maka hasilnya akan A ataupun mungkin B..Tapi kalau usaha kita hanya setakat C, hasilnya mungkin akan dapat lebih teruk dari C..orang putih kata "Aim for the sky, you may get the moon"..Ada tertampal pada tiang..Tak nampak kottt...Jadi usaha anda akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda...Diri sendiri yang membuat pilihan dan pilihan di tangan anda!! SELAMAT BERJAYA..GOOD LUCK..

Thursday 19 May 2011

Crocodile Tears???

Salam 1Malaysia,

Motivasi...air mata yang mengalir sekadar tangisan yang tak bererti...


Monday 16 May 2011

and the Winners are....

Salam 1Malaysia,
Well, congratulations to all the KUIZ ONLINE winners. Hope there could be KUIZ ONLINE SIRI II..Just pray for that. So, they, the winners, are really great. my salute to them!!! Here are the great lucky faces...
Tempat Pertama...Mr. Amirul

Tempat Kedua....Mr. Hazzim
Tempat Ketiga...Mr. Azri


Tempat Keempat....Miss Amalyn (but she is not in this pic...)

Sunday 15 May 2011

Kuiz Online..

Salam 1Malaysia..
Waduh-waduh, kok sambutan kuiz begitu dingin ya..kenapa sih...agaknya karna mereka semua nggak kenal sama guru sendiri..kereta bapak dan ibu guru pun nggak dikenali..gi mana ya..Memandangkan keadaan yang tidak diduga ini..kita akan lanjutkan masa tutupnya kuiz ini..yang pasti hadiah sudah ada...cuma nungguin pemenangnya aja..Mungkin anak-anak SKLJ nggak bisa sahut cabaran...Ya..ilmunya mau dipelajari tapi gurunya nggak betul-betul dikenalin..orang tua bilang "nggak kenal maka nggak cinta" gitu..Pikir-pikirin..

Saturday 14 May 2011

Kuiz Online Siri I; Soalan

Salam 1Malaysia,
Finally, soalan kuiz sedia diuploadkan. Sila emailkan jawapan anda kepada skljsetiu@ymail.com seprti format yang telah diterangkan. Hadiah ada babe...Soalannya ...tengok gambar di bawah. Ada 13 item yang menjadi milik guru anda. Namakan pemilik-pemilik yang berkenaan. Senang jer kan...so apa tunggu lagi...emailkan jawapan anda segera....Tarikh tutup: Ahad.19.00hrs.Cepat la wehhhhhhh...

MILIK SIAPA?
Klik pada gambar untuk pembesaran

Thursday 12 May 2011

Cara Nak Jawab Kuiz

Salam 1Malaysia,
Soalan kuiz bakal menyusul...beberapa detik from now. Sebelun tu, nak terangkan dulu tentang format jawapan. Jawapan hendaklah diemailkan dengan butiran di bawah. Format jawapan adalah seperti berikut. ..

Nama Penuh:
Kelas:


JAWAPAN:
  1. Jawapan anda
  2. Jawapan anda
  3. Jawapan anda
  4. Jawapan anda
  5. Jawapan anda
  6. Jawapan anda
  7. Jawapan anda
  8. Jawapan anda
  9. Jawapan anda
  10. Jawapan anda
  11. Jawapan anda
  12. Jawapan anda
  13. Jawapan anda
Kemudian, emailkan jawapan anda kepada skljsetiu@ymail.com . Tajuk email anda ialah "Kuiz Online Siri I". Pemenang akan ditentukan melalui ketepatan jawapan  Email terawal dengan jawapan yang tepat akan dikira pemenang.

Monday 9 May 2011

Biarku Menjadi Lilin

Salam 1Malaysia,
Lagu yang didedikasikan buat semua guru...and to the students: do understand the lyrics..


BIAR KU MENJADI LILIN (Pelangi)
BIAR KU MENJADI LILIN
MEMBERIKAN CAHAYA
TERANGI SEKELILING DENGAN DIRI TERBAKAR
TAK SIAPA YANG SEDAR
DISAAT KEGELAPAN RELA AKU BERKORBAN
DEMI SATU HARAPAN
BIAR MASA BERLARI
DAN KAU TERUS MENDAKI
AKU TENANG DISISI DENGAN SABAR MENANTI
TANPA DENDAM DAN BENCI
ANDAINYA KAU TERJATUH TERLUKA DAN TERSUNGKUR
KURAWAT BIAR SEMBUH
AKU TAK KAN BERTANYA
APAKAH NANTI BALASANNYA
SETIAP PENGORBANAN SETIAP PEMBERIAN
DEMI SATU IKATAN
KEIKHLASAN DIHATI
WALAUPUN SERING KAU RAGUI
PADA SUATU MASA DAN SUATU KETIKA
AKAN KETARA JUA
BIARKU MENJADI LILIN
MEMBERI CAHAYA
SAAT KAU KESEPIAN SAAT KAU KEGELAPAN
KURELA MENERANGKAN
AKU SENANG BEGINI DAPAT TERUS BERBAKTI
DENGAN CARA SENDIRI

Saturday 7 May 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan SKLJ

Salam 1Malaysia,
Alhamdulillah, semua guru SKLJ baru sahaja menamatkan kursus sehari, Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) yang diadakan di Makmal Komputer SKLJ, dengan tajuk 'Pengurusan Panitia  Penceramah undangan ialah En Kamarulzaman bin Hamat, Pegawai VOTEK PPD Setiu. Terima kasih kepada beliau.





Thursday 5 May 2011

Cara Nak Jadi 'Follower' Blog Ni...

Salam 1Malaysia,
Nak jadi Follower blog ni? Tapi tak berapa reti? Well, below are the steps..

1. Klik gambar yang macam kat bawah.. Klik Follow







2. Bali dah tekan "Follow" tu...anda akan di bawa kepada skrin berikutnya. Gambarnya macam ni..
3. Lepas tu anda kena pilih apa email anda..google (gmail) atau yahoo. Then anda diminta log in ke akaun anda. Tu jer...senang kannn. so apa lagi..Jadi Follower la yer...

Wednesday 4 May 2011

KEM BESTARI SOLAT

Salam 1Malaysia,
Kem berkenaan diadakan pada 3 Mei 2011. Lensa sempat merakam beberapa gelagat....








Tuesday 3 May 2011

SENAMROBIK, MB & HALIM YAZID

Salam 1Malaysia,
Aktiviti Senamrobik sempena Sambutan Hari Penyakit Kronik & Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2011 pada pagi tadi, 3 Mei 2011. Tema pada tahun ini ialah 'Ke arah Masyarakat Sihat Dan Ceria' .Majlis pelancaran disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu. Best jugak..maklumlah dah lama tak senamrobik ni. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran Halim Yazid yang popular dengan lagu dikirnya, Anak Tupai.

Barisan depan tu ketua-ketua jabatan. Aku? Sibuk ambik gambar la..

Yang mana satu main subject?

VIP

Dato' Seri Haji Ahmad Said, Menteri Besar

Halim Yazid & Isteri

Halim Yazid buat show...great!

Menari ke ni?

Step yang berterabur...

Monday 2 May 2011

Siri II..Coretanku: Catatan Perjalanan

Salam 1Malaysia...
Now kita layan lagi beberapa luahan rasa perserta perkhemahan baru-baru ini...Before that, dah jadi follower blog ni ke? Belum? Bertindaklah sekarang....Apa-apapun kita hayatilah apa yang rakan-rakan kita luahkan ini...klik pada gambar untuk pembesaran
















PENTING...Jadilah Follower Blog Ni..

Salam 1Malaysia,
Wahai warga SKLJ sekelian...!!! Jadilah follower blog ini segera...SEGERA...SEGERA... Bukan apa, kita nak buat pertandingan/kuiz online dalam masa terdekat ni, so kalau u tak jadi follower camner nak sertai pertandingan tu kann...kesian lah pulak..So pakat-pakat la suruh friends u all jadi follower blog ni yer..Barulah meriah sket kan...Ingat tu sayang-sayang sumer..

WAJAH-WAJAH KEMENANGAN

Salam 1Malaysia,

Wajah-wajah Kemenangan

Dari kiri (belakang) : Puan Wati (Guru Besar), Teacher Wee dan En Sharuddin (GPK Ko)
Depan : Nur Najmina Athirah, Muhammad Amir Syahmi dan Muhammad Firdaus 

Inilah wajah-wajah kemenangan! Wajah-wajah yang menjadi Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan (BCSK) Peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini. Cayalah team ni...Tahniah kepada jurulatihnya, "the one and only" Teacher Wee yang berdedikasi dalam memberkan tunjuk ajar tanpa jemu kepada team ini. Keep it up Teacher Wee!! Ahli pasukan ni terdiri daripada Nur Najmina Athirah Mohd Nor Azizi, Muhammad Firdaus Hamzah dan Muhammad Amir Syahmi Ahmad Suhaili. Sorang lagi anggota team ni yang telah  bertukar sekolah di saat-saat akhir, iaitu Siti Zalia Nadiah Zailan Fazly, juga harus diberikan pujian. Tahniah Zalia! Semoga sentiasa maju jaya. Tahniah kepada semua!!!!

PERINGATAN: Guru Besar dan GPK Ko BUKAN ahli pasukan berkenaan. Cuma tumpang glamer jer tuu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...