PENGURUSAN HEM

JAWATANKUASA PENGURUSAN HAL EHWAL MURID

Pengerusi : En. Lingah Bin Derahman (Guru Besar)
Tim. Pengerusi : En. Mazlizan Bin Hashim (GPK HEM)
N. Pengerusi 1 : En. Wan Mohd Luzi Bin Wan Ismail (GPK 1)
N. Pengerusi 11 : En. Sharuddin Bin A.Razak (GPK KK)
Setiausaha : Pn. Nur Atirah Binti Sha'ari
Ahli Jawatankuasa
: YM. Tn. Pakhruddin Binti Tn. Mat
: Pn. Cik Wee Shin Yuen
: Pn. Faidah Binti Abdullah
: En. Rahimi Bin Awang
: Pn. Syarifah Rokiah Samani Binti Mahasan
: Pn. Nur Atirah Binti Sha'ari
: Cik Normaimon Binti Kamarudin
: Pn. Hjh. Robiah Binti Ibrahim
: Pn. Norizan Bin Ibrahim
: Pn. Hanani Binti Daud
: Pn. Asrul Azura Binti Abdullah
: YM. Tn. Minah Binti Tn. Mat

SENARAI GURU KELAS 2011

Tahun 1 Arif Puan Asrul Azura Binti Abdullah
Tahun 2 Arif Cik Normaimoon Binti Kamarudin
Tahun 3 Arif Puan Hjh. Robiah Binti Ibrahim
Tahun 4 Arif Miss Wee Shin Yuen
Tahun 5 Arif Encik Kamaruddin Bin Jusoh
Tahun 6 Arif Puan Norizan Binti Ibrahim

PERATURAN-PERATURAN HAL EHWAL MURID

* Guru Besar bertanggungjawab menjadi pengerusi jawatankuasa tersebut dan Penolong Kanan HEM adalah Naib Pengerusi.
* Anggota Jawatankuasa terdiri daripada Setiausaha dan Anggota Jawatankuasa HEM.
* Menentukan dasar Hal Ehwal Murid Sekolah selaras dengan dasar-dasar yang ditentukan oleh PPD, JPN, KPM dan Akta Pendidikan.
* Menetapkan Mesyuarat Jawatankuasa HEM sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
* Menetapkan sistem fail dan dokumen Jawatankuasa HEM
* Dasar Penyediaan Rancangan Aktiviti Tahunan dan Rekod Pelaksanaan Aktiviti.
* Menentukan hari pelaksanaan aktiviti untuk pengesahan Guru Besar/Penolong Kanan.
* Memantau dan menilai program Hal Ehwal Murid.

JADUAL KEDATANGAN

* Jadual Kedatangan ialah dokumen penting sekolah. Guru kelas hendaklah menandakan setiap hari dan dihantar ke pejabat pada waktu pertama jadual waktu. Jika Guru Kelas bercuti atau berkursus tugas ini hendaklah diambilalih oleh Guru Penyelaras.
* Cara menulis/mengisi/menanda semua ruangan hendaklah dipatuhi seperti tercatat dalam Buku Kedatangan.

MENGUTIP WANG DAN PEMBELIAN BUKU

* Guru-guru tidak dibenarkan mengutip wang kepada murid-murid tanpa arahan atau kebenaran bertulis daripada Guru Besar.
* Murid-murid tidak boleh diarah/dipaksa membeli buku-buku panduan. buku kerja. buku bacaan tambahan dsbnya sebelum mendapat kebenaran Guru Besar.
* Sebarang kutipan wang/yuran sekolah hendaklah diserahkan kepada Guru Besar secepat mungkin
* Resit resmi sekolah hendaklah dikeluarkan/diberikan kepada murid yang menjelaskan yuran.

KESIHATAN DAN KESELAMATAN

* Guru kelas atau guru bertugas Mingguan hendaklah segera berhubung dengan ibubapa/penjaga murid sekiranya terdapatkes-kes yang berkaitan dengan kesihatan murid.
* Murid sakit/mendapat kemalangan yang perlu dihantar balik ke rumah atau ke klinik/hospital hendaklah direkod dalam buku laporan bertugas.
* Murid yang tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebarang makluman hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar.

GURU BERTUGAS

* Bertanggungjawab mengawasi semua hal mengenai murid-murid. Menulis catatan ke dalam Buku Laporan Guru Bertugas.

PENDAFTARAN MURID

* Pendaftaran kemasukkan pelajar ke tahun 1 mesti diuruskan setiap tahun berdasarkan kepada syarat-syarat umur dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran/Jabatan.
* Pihak sekolah perlu menguruskan urusan perpindahan murid dan mematuhi segala peraturan yang telah disediakan.
* Setiap murid perlu diberi peluang menggunakan kemudahan secara adil dan saksama.
* Segala bantuan yang diberi khas kepada murid seperti pakaian seragam sekolah. Skim Bantuan Buku Teks dan sebagainya dibahagikan secara adil dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
* Semua guru ialah Guru Disiplin Sekolah dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dan mengawal perkembangan tingkahlaku serta disiplin murid.
* Semua Guru Kelas dipertanggungjawabkan  untuk menyedia dan menyimpan rekod perkembangan individu.
* Semua kes disiplin murid yang berat tidak dapat diselesaikan oleh guru haruslah dirujuk kepada Penolong Kanan HEM untuk tindakan.
* Rekod Bulanan (Retan Bulanan) kehadiran murid mesti dilaporkan serentak dengan rekod kesihatan.
* Ibubapa/penjaga murid perlu dihubungi jika berlakunya kes penteng dan kes disiplin.
* Ketua Penyelaras/Penolong Kanan HEM ialah pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penguatkuasaan peraturan dan pelaksanaan aktiviti HEM peringkat sekolah.


KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH

* Murid yang merosakkan harta benda sekolah samada dengan sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...