Tuesday 26 July 2011

Air..

Salam 1Malaysia,
Ada beberapa kategori air mengikut Syariat Islam. Salah satunya ialah..
Air Mutlak
Air mutlak ialah air yang suci lagi menyucikan dan mempunyai tujuh jenis air.
1.Air hujan  2.Air laut  3.Air sungai  4.Air Telaga  5.Air mata air
7.Air salji 
• Apabila cukup sukatan atau timbangan air itu dua kolah maka ia tidak menjadi najis oleh sesuatu melainkan apabila berubah warnanya atau rasanya atau baunya.
• Air yang kurang dari dua kolah menjadi najis apabila jatuh najis ke dalamnya jikalau tidak berubah warna,bau atau rasanya sekalipun. Untuk penerangan lanjut sila hubungi ustaz/ustazah anda.

Entri kali ni kita bicara tentang air..Tadi, waktu tengahari, SKLJ ada masalah air sebab ada penyambungan pada paip air utama. Justeru terpaksalah bersabar seketika...Sebenarnya masalah air SKLJ adalah satu masalah yang besar. Tak tahu mana silapnya atau siapa yang salah...yang pastinya kita warga SKLJ lah yang menanggungnya...Nasibbbbb...Kat bawah adalah gambar yang sempat di"snap" semasa proses penyambungan paip dijalankan...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...