Friday 22 July 2011

Percubaan UPSR 2011

Salam 1Malaysia,

Pada 5-7 Julai baru-baru dah diadakan Peperiksaan Pra-Percubaan UPSR. Keputusan yang agak membanggakan namun masih lagi ada ruang yang perlu dipertingkatkan. Tahniah kepada guru-guru yang penuh komitmen dan juga kepada para pelajar. Bagi memantapkan lagi pencapaian, pada 14-16 Julai telah diadakan Kem UPSR di Rumah Rehat Setiu. Sambutan agak memberangsangkan. Teknik menjawab soalan yang terkini telah diberikan oleh fasilitator yang hebat-hebat belaka.
Justeru diharapkan agar ilmu berkenaan diterjemahkan ke dalam skrip jawapan Peperiksaan Percubaan UPSR yang akan mengambil tempat pada 24-26 Julai ini. Peperiksaan ini amat penting bagi pelajar dan juga guru untuk menilai pencapaian calon dan juga keberkesanan pengajaran guru selama ini. Semoga calon-calon UPSR akan menjawab kertas-kertas soalan yang berkenaan dengan tenang dan yakin. Yang penting JAWAB SEMUA SOALAN...Ingat janji-janji ada yang telah anda paterikan pada banner baru-baru ini.... Kalau kerbau dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya....Yang pasti..kami semua warga SKLJ menyokong anda..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...