Friday 15 April 2011

Tahniah Para Pemenang NILAM SR

Salam 1Malaysia,
Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Terengganu telah berakhir semalam. Tahniah kepada semua calon yang terpilih mewakili daerah masing-masing. Bagi sekolah rendah, dua kategori yang dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah Bandar (SRB) dan Sekolah Rendah Luar Bandar (SRLB). Ternyata calon-calon tahun ini agak berkaliber dan mempunyai tahap keyakinan diri yang agak tinggi serta kebolehan berhujah yang mengagumkan. Tahniah..

Pelajar yang akan menwakili Terengganu bagi Kategori SRLB ialan adik Wan Dinie, yang bercita-cita ingin menjadi Doktor Pakar Kanak-kanak, pelajar SK Tengku Mahmud. Tahniah. Semoga beliau akan mencipta sejarah di Pemilihan Tokoh NILAM Kebangsaan nanti. 


Manakala bagi Kategori SRB, pelajar yang akan mewakili Negeri Terengganu ialah pelajar dari SK Gong Kapas Kuala Terengganu, adik Nur Izzah yang ingin menjadi seorang ahli politik. Semoga berjaya!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...